7 Penyakit yang Biasanya Boleh Dikesan dalam Ujian Darah di Klinik

Ujian darah adalah salah satu alat diagnostik yang paling penting dan sering digunakan dalam bidang perubatan. Ia dapat memberikan gambaran yang jelas tentang keadaan kesihatan seseorang dan membantu dalam pengesanan awal pelbagai penyakit. Berikut adalah tujuh penyakit yang biasanya boleh dikesan melalui ujian darah di klinik.

1. Diabetes Mellitus (Kencing Manis)

Ujian darah dapat mengesan tahap glukosa (gula) dalam darah, yang penting untuk diagnosis diabetes nellitus. Ujian Hemoglobin A1c (HbA1c) mengukur tahap glukosa dalam darah selama dua hingga tiga bulan terakhir dan membantu menentukan sama ada seseorang itu mempunyai diabetes atau pra-diabetes. Ujian ini penting untuk pengurusan dan pencegahan komplikasi diabetes yang serius.

2. Anemia (Kekurangan Darah Merah)

Anemia adalah keadaan di mana seseorang mempunyai bilangan sel darah merah yang rendah atau kekurangan hemoglobin. Ujian darah lengkap (FBC) boleh mengukur jumlah sel darah merah, hemoglobin, dan hematokrit untuk menentukan sama ada seseorang mengalami anemia. Anemia boleh disebabkan oleh kekurangan zat besi, vitamin B12, atau folat, serta keadaan perubatan lain seperti penyakit ginjal atau gangguan darah seperti Thalassemia.

3. Penyakit Hati

Fungsi hati boleh dinilai melalui ujian darah yang mengukur enzim hati seperti alanine aminotransferase (ALT) dan aspartate aminotransferase (AST). Peningkatan tahap enzim ini boleh menunjukkan kerosakan atau keradangan hati yang mungkin disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan untuk jangka masa panjang, hepatitis, penyakit hati berlemak, atau sirosis. Ujian ini penting untuk diagnosis dan pemantauan kesihatan hati.

4. Kolesterol Tinggi

Ujian lipid profil mengukur tahap kolesterol total, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL), lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL), dan trigliserida dalam darah. Kolesterol tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok. Dengan mengetahui tahap kolesterol, doktor boleh memberi nasihat tentang perubahan gaya hidup atau ubat-ubatan yang perlu diambil untuk mengurangkan risiko ini.

5. Jangkitan kuman virus dan bakteria

Ujian darah boleh mengesan tanda-tanda jangkitan dengan mengukur tahap sel darah putih dan menentukan kehadiran antibodi atau antigen tertentu. Contohnya, ujian serologi boleh mengesan antibodi terhadap virus seperti hepatitis B, hepatitis C, dan HIV. Ujian darah ini penting untuk diagnosis awal dan rawatan yang tepat bagi pelbagai jangkitan, terutamanya penyakit kelamin.

6. Penyakit Tiroid

Fungsi tiroid boleh dinilai melalui ujian darah yang mengukur tahap hormon tiroid seperti TSH (thyroid-stimulating hormone), T3, dan T4. Tahap hormon yang tidak normal boleh menunjukkan hipotiroidisme (tiroid tidak aktif) atau hipertiroidisme (tiroid terlalu aktif). Kedua-dua keadaan ini boleh menjejaskan metabolisme dan kesihatan keseluruhan, dan memerlukan rawatan yang sesuai.

7. Penyakit Ginjal

Ujian darah yang mengukur tahap kreatinin dan nitrogen urea darah (BUN) boleh membantu menilai fungsi ginjal. Peningkatan tahap kreatinin dan urea boleh menunjukkan kerosakan atau kegagalan ginjal. Penilaian awal dan rawatan yang tepat adalah penting untuk mencegah kemerosotan fungsi ginjal yang lebih serius.

Kesimpulan

Ujian darah adalah alat yang sangat berguna dalam mengesan pelbagai penyakit pada peringkat awal. Dengan diagnosis yang tepat dan awal, rawatan yang sesuai boleh dimulakan untuk mencegah komplikasi serius dan meningkatkan kualiti hidup. Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai kesihatan anda, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor dan menjalani ujian darah yang diperlukan. Kesihatan adalah aset yang paling berharga, dan langkah-langkah pencegahan adalah kunci untuk kehidupan yang panjang dan sihat.

Hubungi Whatsapp kami di 010-9314190 untuk mendapatkan lebih maklumat tentang pemeriksaan darah untuk mengesan penyakit yang tersebut di atas.

Pakej pemeriksaan darah dan air kencing

Senarai pakej pemeriksaan darah dan air kencing di Klinik Sabah, Kota Kinabalu :

Pakej A – DPS3C (7 tests)
Pakej C – DPT3C (13 tests)
Pakej C – DPT3C (17 test)
(Jenis-jenis test boleh tengok dalam gambar dibawah. Boleh rujuk untuk bahasa yang lebih mudah difahami)
Promosi pemeriksaan darah dan air kencing Klinik Sabah
Harga pemeriksaan bermula dari RM70, tapi tidak termasuk tag-on tests dan special tests. Oleh itu, jumlah keseluruhan harga bergantung kepada pakej yang dipilih dan jenis-jenis ujian tambahan yang diperlukan.
Oleh sebab keperluan orang berbeza-beza, adalah lebih bagus untuk hubungi kami di https://wa.me/60109314190 untuk pertanyaan selanjutnya.

Continue reading “Pakej pemeriksaan darah dan air kencing”

Pemeriksaan darah sempena Hari Kemerdekaan!

Sempena bulan Kemerdekaan ini, Klinik Sabah dengan kerjasama makmal Gribbles ada buat pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan darah untuk anda.

Di samping ujian darah yang asas (darah merah, darah putih, kolesterol, gula, fungsi hati, fungsi buah pinggang dan uric acid), ujian lain yang boleh dilakukan ialah:

1. H. pylori antibody : iaitu pemeriksaan darah untuk mengesan antibodi dalam badan yang dihasilkan akibat adanya kuman H. pylori yang menyebabkan gastrik, sakit ulu hati dan dugal yang berpanjangan.

2. Serum homocycteine : iaitu pemeriksaan darah untuk menentukan kesihatan jantung kita atau kekurangan beberapa jenis vitamin B di dalam badan.

3. Vitamin D : iaitu pemeriksaan darah untuk menentukan paras vitamin D di dalam badan, yang mana jika jarang betul berada di bawah sinaran matahari, mungkin allergic kepada susu atau diet “vegan” yang tegas, ada kemungkinan vitamin D dalam darah anda rendah. Ia boleh mengakibatkan masalah tulang yang tidak kuat dan otot yang lemah.

Ada banyak lagi ujian lain yang boleh dilakukan, bergantung kepada keperluan seseorang. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Selamat Hari Merdeka!!!!

Pemeriksaan darah sempena hari kemerdekaan

Kalau buat test darah, apa yang kita boleh tau pasal kesihatan kita?

Ada 10 perkara yang kita boleh tau pasal kesihatan kita bila kita buat pemeriksaan darah:

1. Kita boleh tau jenis darah kita. Penting bila kita berada di dalam kecemasan yang memerlukan transfusi darah. Boleh juga menderma darah kita kalaua ada orang yang memerlukan darah yang sama jenis dengan kita.

2. Kita boleh tau status sel darah merah dan darah putih kita. Penyakit Thalassemia boleh dikesan dari sini. Kita juga boleh tau jika ada jangkitan kuman dengan peningkatan sel darah putih kita.

3. Kita boleh cek fungsi buah pinggang. Selalunya pesakit kencing manis dan darah tinggi yang kronik, boleh mendapat kebocoran pada buah pinggang, yang sudah tidak boleh filter darah kita dengan bagus.

4. Kita boleh cek fungsi hati. Jika kita seorang peminum alkohol yang kuat, hati boleh membengkak akibat terpaksa bekerja keras untuk mencernakan alkohol yang diminum.

5. Kita boleh tau status paras gula dalam darah. Pengesanan awal kencing manis boleh dibuat dari sini. Jika gula sudah terlepas ke dala air kencing, itu menunjukkan yang kencing manis kita sudah kronik dan mungkin perlukan rawatan cepat.

6. Kita boleh tau paras kolesterol kita. Kolesterol yang tinggi di dalam darah adalah faktor yang boleh menyebabkan strok dan serangan jantung.

7. Kita boleh tau status HIV. Jangkitan kuman HIV boleh dirawat di hospital kerajaan pada wakti sekarang jika dikesan awal.

8. Kita boleh tau status Hepatitis B. Sejenis jangkitan kuman virus yang boleh mengakibatkan bengkak hati jika tidak dirawat.

9. Kita boleh tau paras hormon thyroid kita. Hormon thyroid ini adalah salah satu hormon yang penting untuk kestabilan kesihatan kita secara keseluruhannya.

10. Kita boleh tau faktor rheumatoid. Satu test yang boleh mengenalpasti masalah sakit sendi yang dinamakan Rheumatoid Arthritis jika parasnya meningkat.

Boleh jak hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut tentang pemeriksaan darah dan air kencing.