Bagaimana mengelakkan diri dari jangkitan penularan penyakit kolera
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu berita tentang wabak kolera yang berlaku di daerah Putatan. Satu pekeliling tentang penularan wabak kolera tersebut telah dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Penampang bertarikh 16 Mei 2019, selepas menerima notifikasi positif kolera dari Hospital Queen Elizabeth pada 8 Mei.
Untuk pengetahuan, kolera adalah satu penyakit usus (enteric) akut yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Vibrio cholera, yang mempunyai gejala-gejala awal cirit-birit tanpa sakit (painless watery stool), loya dan muntah. Penyakit berjangkit bawaan air ini juga berupaya untuk merebak dengan cepat serta boleh mengakibatkan kematian.
Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan bagaimana kita boleh mengelakkan dari jangkitan kolera tersebut:
1. Guna dan minum air yang selamat
Air botol yang belum dibuka penutupnya adalah selamat untuk digunakan. Gunakan air yang bersih untuk menggosok gigi anda, membasuh dan menyediakan makanan. Pastikan kawasan penyediaan makanan anda bersih dan cuci peralatan dapur dengan sabun dengan air yang bersih dan biarkan ia kering sepenuhnya sebelum digunakan semula. Pastikan air minuman yang hendak dimasak, mendidihkan sekurang-kurangnya 1 minit sebelum ia gunakan.
2. Kerap cuci tangan dengan air bersih dan sabun
– Sebelum anda makan atau menyediakan makanan
– Sebelum memberi makan anak-anak anda
– Selepas menggunakan tandas
– Selepas membersihkan bahagian dubur anak anda
– Selepas menjaga orang yang sakit dengan cirit-birit
3. Masak makanan dengan betul (terutamanya makanan laut), tutup dengan tudung saji, makan sewaktu masih panas dan kupas buah-buahan dan berishkan sayuran dengan betul.
Semoga anda dielakkan dari dijangkiti penyakit. 😀


