Bagaimana demam kepialu terjadi?
Rupa-rupanya inilah jenis bakteria yang menyebabkan demam kepialu terjadi.

Demam Kepialu (tifoid) ini merupakan satu jangkitan bawaan makanan yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S.typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa.
Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria S.typhi di dalam saluran penghadamannya namun tidak mempunyai atau menunjukkan apa-apa gejala demam tifoid. Apa yang lebih membimbangkan pembawa ini sukar dikesan tapi mampu menjangkiti orang lain tanpa disedari.
Penyakit ini kerap menyerang kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas dan remaja. Kajian juga mendapati bahawa kadar kes kematian adalah lebih tinggi sehingga mencecah 10%-20% jika tidak menerima rawatan yang sewajarnya.