Awasi tanda-tanda awal kolesterol tinggi

Tahukah anda Kolesterol tinggi merupakan punca kepada penyakit jantung, serangan angin ahmar (strok) dan kerosakan buah pinggang?

Kebanyakan mereka yang mengalami masalah kolesterol tinggi pada mulanya tidak mengetahui mereka mempunyai masalah tersebut. Kerana selalunya kolesterol yang tinggi tidak menghasilkan apa-apa simptom kepada pesakit. Sehinggalah anda kena samada serangan jantung, strok ataupun tekanan darah tinggi.

Komplikasi yang berlaku disebabkan oleh paras kolesterol yang tinggi ini timbul apabila plak-plak kolesterol melekat pada dinding-dinding saluran darah dan menyebabkan penyempitan pada saluran darah. Jika ini berlaku di saluran darah jantung, bekalan darah dan oksigen ke jantung akan makin kurang. Lebih teruk lagi, sekiranya plak-plak kolesterol ini pecah, ia boleh membentuk darah beku yang akan menghalang saluran darah secara keseluruhan.

Selain daripada itu, antara tanda-tanda anda memiliki paras kolesterol yang tinggi adalah terdapat benjolan pada sekeliling mata (Xanthelasma) dan juga benjolan kolesterol yang melekat pada sendi (Tendon Xanthoma).

tanda kolesterol tinggi
Tanda kolesterol tinggi (Xanthelasma)

Untuk penghidap kolesterol tinggi ini, selalunya rawatan yang diberi ada berbentuk ubat ataupun membuat perubahan gaya hidup. Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti di atas, anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan awal untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

Sayangi diri anda, Ok! Jangan muda-muda sudah kena serangan jantung.

#Kliniksabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *