Apakah test untuk penyakit tidak berjangkit yang diperiksa dalam program PeKa B40?

Menurut statistik yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, hampir separuh golongan pendapatan rendah B40 yang berumur 50 tahun ke atas mengalami sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit.

Penyakit yang tidak berjangkit (NCD) ini antaranya ialah kencing manis (yang utama),  darah tinggi, sakit buah pinggang dan kanser.

Jadi, di dalam program ini, anda layak untuk mendapatkan pemeriksaan saringan percuma untuk:

  1. mengetahui sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan – ini kerana beberapa masalah penyakit tidak berjangkit ini ada faktor keturunan. Jika ada ibu bapa anda yang ada darah tinggi dan kencing manis, ada kebarangkalian anda juga mendapat masalah yang sama.
  2. saringan kesihatan mental – 3 dari 10 orang dalam golongan B40 ini mengalami masalah kemurungan.
  3. pemeriksaan fizikal – untuk mengetahui jika anda obese atau tidak, yang mana jika obese, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit tidak berjangkit berbanding orang kurus.
  4. pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko – ini adalah kanser yang utama untuk lelaki dan wanita di dunia, yang mana pengesanan awal dapat mengelakkan kanser menjadi teruk.
  5. ujian darah dan ujian air kencing – ini adalah untuk memastikan yang buah pinggang anda berfungsi dengan baik, kerana masalah penyakit buah pinggang merupakan beban kos kewangan yang tinggi untuk individu dan kerajaan (hemodialisis).

Ujian makmal yang dilakukan ialah:

  1. Full Blood Count – untuk memeriksa sel darah merah, sel darah putih dan platelet.
  2. Renal Profile with estimated glomerular filtration rate (eGFR) – untuk mengetahui status kesihatan buah pinggang.
  3. HbA1c – untuk mengetahui status kawalan gula di dalam darah untuk 3 bulan yang kebelakang. Selalunya ia dilakukan untuk pesakit kencing manis, tetapi mereka lalukan test ini sebagai standard untuk mengesan lebih awal kencing manis bagi mereka yang tak pernah cek gula dalam darah.
  4. Random Lipid Profile – ini untuk cek kolesterol dalam darah.
  5. Urine biochemistry – ini untuk cek kandungan air kencing, pagi mengesan awal masalah buah pinggang.

Boleh hubungi klinik swasta terdekat yang mengambil bahagian dalam program ini untuk mendapatkan saringan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *