Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum pemeriksaan kesuburan?

Bagi setiap pasangan yang menghadapi masalah kesuburan, ujian-ujian tertentu akan dijalankan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pasangan supaya ianya lebih memudahkan doktor untuk membantu pasangan tersebut. Prosedur pemeriksaan kesuburan ini selalunya dilakukan dua kali di Klinik dan sekiranya perlu rawatan lanjut, lawatan ketiga akan dilakukan bersama pakar kesuburan di hospital.

Sebelum membuat pemeriksaan kesuburan di Klinik, setiap pasangan perlulah membuat beberapa langkah persediaan sebelumnya iaitu berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum pemeriksaan. Untuk lawatan pertama kali, pasangan lelaki untuk membuat pemeriksaan air mani di mana dia akan sendiri menghantar sampel air mani ke makmal tertentu untuk dianalisa.

LAWATAN PERTAMA
Pasangan Lelaki
  1. Pasangan lelaki tidak boleh melakukan hubungan intim dengan pasangan perempuan 3 hari sebelum pemeriksaan air mani dilakukan.
  2. Dilarang menggunakan sabun, krim, air liur atau sebarang pelincir kerana dikhuatiri akan mempengaruhi keputusan kerana penggunaan cecair bantuan menyebabkan sperma yang dikumpulkan mati atau rosak.
  3. Air mani yang dikumpulkan perlu dihantar ke makmal seboleh-bolehnya dibawah 1 jam selepas pengeluaran air mani.
Pasangan wanita
  1. Pasangan wanita perlulah tahu kitaran haid sendiri. Seboleh-bolehnya ada catatan setiap kali period. Anda boleh gunakan aplikasi “period tracker my calendar” ataupun buat notes dekat phone pun boleh.
  2. Jika anda ada alergik dengan makanan ataupun sebarang ubat,anda dikehendaki untuk mengambil Prednisolone 30mg, 12 jam sebelum pemeriksaan dibuat dan makan lagi 30mg, 2 jam sebelum pemeriksaan HSG.
LAWATAN KEDUA

Untuk lawatan kedua, pasangan perlu membawa laporan keputusan masing-masing ke Klinik iaitu laporan pemeriksaan air mani untuk pasangan lelaki dan laporan pemeriksaan HSG untuk pasangan wanita untuk konsultasi seterusnya.

#kliniksabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *