Macamana nak buat saringan pra perkahwinan (Pre marital screening)

Nak buat saringan pra-perkahwinan di klinik tapi tak tahu macamana proses? Ikuti langkah-langkah dibawah:

1.Buat temujanji dulu sebelum datang ke klinik. Boleh call/whatsapp Klinik Sabah di 010-9314190 atau fasiliti kesihatan terdekat dengan anda

2.Datang ke klinik pada hari yang ditetapkan. Bagi pasangan muslim, bawa IC berserta borang daripada MUIS. Untuk pasangan non-muslim pula, bawa IC sahaja.

3.Semasa di klinik, doktor akan ambil sampel darah dan dihantar ke makmal untuk diuji.

✅ Pemeriksaan penyakit berjangkit (STD) untuk pasangan muslim

✅ Pemeriksaan penyakit berjangkit (STD) dan talasemia untuk pasangan non-muslim

4.Ambil keputusan di klinik. Selalunya keputusan akan diketahui dalam masa 24 jam. Staff akan menghubungi anda apabila keputusan sampai di klinik. Namun jika makmal sibuk, ia mungkin memakan masa sehingga 3 hari.

5.Sekiranya ada masalah pada laporan, pasangan tersebut perlu membuat temujanji berjumpa dengan doktor untuk konsultasi seterusnya.

Saringan pra perkahwinan

Setiap pasangan yang bakal berkahwin perlu melakukan ujian saringan pra-perkahwinan ini bagi mengetahui status kesihatan pasangan masing-masing bagi mencegah transmisi penyakit.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *