7 Cara Hadapi masa-masa Menopause pada kaum wanita
Fasa menopause memang sesuatu yang kaum wanita tidak dapat elakkan. Namun, ianya bukanlah perkara yang menyedihkan sebab ia bukan penyakit.
Selain daripada rawatan HRT, terdapat beberapa perkara yang anda boleh buat di rumah sebagai tips hadapi menopause:
- Sentiasa berada dalam keadaan sejuk dengan memakai pakaian longgar. Elakkan penggunakan selimut tebal supaya anda tidak berasa panas ataupun berpeluh dengan banyak. Gunakan penghawa dingin untuk memastikan bilik anda sentiasa sejuk.
- Melakukan senaman harian selama 20-30 minit. Senaman yang kerap membantu anda untuk lebih mudah tidur.
- Minum banyak air kosong untuk membantu melembabkan kulit.
- Menjaga kulit dengan memakai krim pelembab.
- Jaga pemakanan. Lebihkan pengambilan makanan sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Berhenti merokok jika merokok dan hentikan meminum minuman beralkohol.
- Buat rancangan untuk waktu bersama suami.

Jika keadaan semakin teruk, sila jangan ragu-ragu untuk berjumpa dengan pakar. Semoga info bermanfaat!
