Tips cegah kehilangan deria pendengaran
Kehilangan pendengaran yang disebabkan bunyi adalah tidak menyakitkan. Namun ianya memberi kesan negatif secara perlahan-lahan. Yang lebih teruk lagi, ianya kekal dan TIDAK BOLEH DIUBATI.
Salah satu penyumbang utama adalah penggunaan earphone/earbud yang terlalu lama.

Tahukah anda, telinga memerlukan 16 jam untuk perbaiki kerosakan yang disebabkan bunyi kuat sepanjang malam? Oleh itu, elakkan pemakaian earphone terlalu lama terutamanya waktu malam kerana anda mungkin tertidur tanpa sempat membuka earphone terlebih dahulu.