Macamana boleh suami saya tidak ada benih doc?

Azoospermia

satu istilah perubatan yang bermaksud seorang lelaki yang tidak mempunyai benih (sperma) di dalam air mani, walaupun dia boleh melakukan hubungan intim.

Apa itu Azoospermia

Saya pernah didatangi oleh pasangan yang telah berkahwin selama setahun setengah. Mereka telah berusaha untuk mendapatkan anak, namun masih belum berjaya.

Si isteri mempunyai kitaran haid yang tetap setiap bulan, dan beliau sangat arif dengan masa kesuburannya. Beliau menggunakan ovulation test kit untuk memastikan yang telur (ovum) dihasilkan setiap bulan dan keputusan sentiasa positif, menunjukkan yang beliau subur.

Oleh sebab itu, saya menasihatkan untuk si suami memeriksa kandungan air mani beliau, untuk mengetahui samada beliau adalah sihat. Selepas beberapa hari sampel air mani dihantar di makmal, keputusan menunjukkan yang si suami tidak mempunyai benih (sperma) di dalam air mani.

Antara sebab kenapa boleh jadi begini adalah kemungkinan ada saluran yang tersumbat di dalam kantung testis si suami. Air mani yang keluar hanyalah cecair dari kelenjar prostat yang tidak mengandungi benih.

Mereka kemudiannya saya rujuk ke Hospital Likas untuk berjumpa dengan pakar kesuburan yang mana rawatan seterusnya ialah IVF (in-vitro fertilization).

Bagi pasangan yang telah lama berusaha untuk mendapatkan zuriat,anda boleh menghubungi kami di whatsapp  untuk pemeriksaan awal kesuburan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *