Kanser usus : Simptom dan cara mencegah

Jika anda mengalami simptom-simptom berikut, dikhuatiri anda menghidap kanser usus!

Antara simptom-simptom kanser usus:

simptom-simptom kanser usus

1) Kekerapan buang air yang berubah- ubah. Contoh, pada bulan ini pesakit boleh buang air besar setiap hari. Tetapi pada tahun hadapannya, pesakit hanya boleh buang air besar seminggu sekali sahaja

2) Najis berdarah

3) Bahagian perut asyik merasa tidak selesa

4) Berat badan semakin berkurangan

5) Mengalami tenesmus. Simptom dimana pesakit akan rasa ingin membuang air besar walaupun tiada apa yang berlaku

6) Bahagian perut asyik merasa tidak selesa

Terdapat beberapa cara untuk membantu anda mengurangkan risiko anda mendapat masalah ini iaitu:

1) Melakukan saringan Kanser Kolorektal

2) Mengurangkan berat badan

3) Sentiasa melakukan senaman supaya berat badan anda tidak berlebihan

4) Mengambil diet yang sihat. Kurangkan pengambilan daging merah yang telah diproses. Ini kerana ia boleh meningkatkan risiko kanser usus

5) Berhenti merokok

6) Berhenti mengambil alcohol

Secara umumnya, kanser usus ini boleh dirawat jika dikesan lebih awal. Namun kanser usus ini sukar dikesan pada awalnya. Oleh itu dengan adanya pengetahuan kesihatan seperti ini, ianya mampu membantu anda untuk mengetahui serba sedikit adakah perkara yang berlaku pada badan anda itu bahaya ataupun sebaliknya.

Semoga info ini bermanfaat! Jangan lupa untuk kongsikan kepada orang tersayang anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *