|

9 Jenis aktiviti : Risiko tinggi terdedah kepada jangkitan C0VID-19

Kemungkinan anda untuk terdedah kepada jangkitan C0VID-19 sangat tinggi jika anda terlibat dengan 9 aktiviti yang telah disenaraikan.

Dengan kelonggaran yang diberi dalam tempoh fasa pemulihan (PKPP) ini, kita boleh melihat sendiri bahawa kebanyakkan tempat sudah beroperasi dan orang ramai mula keluar menjalankan aktiviti masing-masing seperti membeli-belah dan beriadah. Namun begitu, kita perlu mengambil langkah berhati-hati supaya tidak leka kerana risiko anda untuk terdedah kepada jangkitan Covid-19 masih ada.

Jadi, adalah lebih bagus untuk anda tahu tahap risiko berdasarkan aktiviti yang anda lakukan. Tahap risiko ini bergantung kepada 4 FAKTOR:
Indeks risiko c0vid-19
Sumber : Facebook page Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
  • Keadaan sesuatu kawasan (tertutup atau terbuka)
  • Masa interaksi antara satu sama lain (bersembang secara dekat)
  • Kadar kesesakan orang ramai dalam sesuatu kawasan
  • Pernafasan yang kuat (menjerit, menyanyi, bersin dan batuk)

Dalam gambar rajah tersebut, anda boleh tahu sama ada aktiviti yang anda lakukan itu mempunyai risiko yang tinggi ataupun rendah.

Antara 9 aktiviti yang berisiko tinggi untuk dijalankan termasuklah:
  1. Menghadiri konsert
  2. Pergi ke bar/kelab malam
  3. Bermain permainan sukan yang melibatkan sentuhan (bola keranjang, bola sepak)
  4. Menaiki pengangkutan awam seperti bas
  5. Menghadiri perhimpunan keagamaan
  6. Menonton aktiviti sukan beramai-ramai (stadium)
  7. Mengadakan parti tertutup
  8. Menaiki pengangkutan udara
  9. Menonton wayang

Kita masih belum menang. Jika anda terpaksa melakukan aktiviti luar yang melibatkan risiko tinggi. Jangan lalai atau terlalu selesa dalam usaha memutuskan rantai COVID-19. Terus waspada, ambil langkah pencegahan dan patuhi SOP.

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *