BAHAYA! Korek telinga guna putik kapas (Cotton bud)
Antara sebab kenapa korek telinga menggunakan putik kapas (cotton bud) adalah tidak selamat ialah kerana ia boleh tertanggal dan tertinggal di dalam telinga sewaktu kita sedap mengorek telinga.
Selain daripada itu, korek telinga menggunakan putik kapas boleh mengakibatkan kecederaan kepada gegendang telinga, jika kita tidak berhati-hati dan putik kapas tersebut masuk terlalu dalam.
Malah, keadaan telinga boleh jadi lebih teruk jika kita menggunakan putik kapas yang mungkin telah tercemar dan menyebabkan jangkitan di dalam telinga yang boleh akibatkan sakit dan bernanah.
Hati-hati dalam menggunakan putik kapas sewaktu membersihkan telinga. Adalah lebih baik untuk elakkan penggunaan putik kapas untuk mengorek tahi telinga di atas sebab-sebab yang telah saya kongsikan di atas.
