Tahniah! Akhirnya Malaysia berjaya landaikan lengkungan (flatten the curve) tetapi…

Kita dah berjaya melandaikan lengkungan (flatten the curve) tetapi kita masih jauh dari kejayaan.

flatten the curve
Sumber: CPRC Kebangsaan

Bila kita lihat graf kes aktif COVID-19 harian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula dari 10 Mac 2020, memang kita boleh nampak yang lengkungan sudah semakin landai.

Ini menunjukkan bahawa pengesanan kes-kes baru COVID-19 semakin berkurang, walaupun jumlah pemeriksaan telah ditambah.

Ada beberapa kesimpulan yang kita boleh ambil dari graf ini:

  1. Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan hasil yang positif, yang mana lengkungan tidak menirus seperti yang berlaku di negara-negara luar yang tidak melaksanakan arahan serupa.
  2. Dengan ini, keupayaan perkhidmatan perubatan hospital KKM tidak terlalu terbeban dengan angka jangkitan yang boleh naik mendadak jika tiada arahan PKP ini.
  3. Namun begitu, kita tidak boleh terlalu awal mengisytiharkan kemenangan ke atas COVID-19 ini, sebab masih ada lagi cluster berisiko baru yang baru pulang dari luar negara dan mungkin juga warga asing.

Jadi, kita mesti terus mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dari kita dijangkiti.

Cuci tangan sentiasa.
Penjarakkan sosial.
Guna penutup mulut jika keluar rumah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *