Cara rawatan cellulitis (Jangkitan pada kulit kaki) – Penghidap kencing manis
Inilah rupa kaki pesakit kencing manis yang mengalami cellulitis – jangkitan pada kulit kaki, lebih kurang 3 minggu yang lalu.

Selepas pesakit berjumpa dengan saya pada 3 minggu lalu, beliau telah dimasukkan ke hospital selama seminggu untuk mendapatkan rawatan antibiotik secara intravena (drip) kerana ubat antibiotik melalui mulut tidak cukup efektif untuk membunuh kuman yang menyebabkan cellulitis tersebut.
Beliau juga perlu duduk di hospital dalam tempoh tersebut kerana doktor perlu mengawal paras gula dalam darah beliau pada masa yang sama dia mendapat rawatan antibiotik. Ini kerana, hanya dengan kawalan paras gula yang bagus akan membantu mempercepatkan proses penyembuhan kaki beliau.

Jika anda mengalami kencing manis, sila jaga pemakanan, elakkan dari makan makanan yang manis dan sentiasa ikut arahan doktor untuk makan ubat kencing manis setiap hari pada masa yang telah ditetapkan.
Ini akan mengelakkan dari kaki anda mengalami masalah yang sama dengan pesakit saya ini!



Sy antara yg telah d jangkiti bakteria ini. Di masukkan ke dalam wad Hospital Kunak selama 5 hari utk jalani rawatan antibiotics. Kemudian discaj & sambung rwtn antibiotics di rumah sahaja (cloaxcillin). Dalam tempoh 7 hari kaki bengkak semula. Kulit yg awalnya kemerahan bertukar jd melecur pulak dah. Masa tu sakitnya mmg terat sgt sehingga keluar airmata. Pelbagai usaha dibuat sehingga mendapat rawatan dr pakar kulit swasta d Sandakan.
Alhamdulillah, beransur pulih dan bengkak pun surut serta kulit yg terbakar td (melecur) betul² pulih.
Tetapi….. Sehingga kini kaki tadiasi terasa gatal, gatal² sangat. Seperti ada lapisan d bwh kulit d bhgn kaki yg dijangkiti td. Mohon bantuan
Hello Wawak.jr,
Mungkin lebih baik untuk berjumpa semula dengan doktor yang merawat untuk buat pemeriksaan semula dan dapatkan ubat jika perlu.
u makan apa ye dia beransur pulih
saya antara pengidap cellulaitis ni..saya nak tya apakah rawatan bagi luka di kaki sb kesan dari melecur tu, kulit tesiat dan sekarang proses penyembuhan untuk luka sangat lama..lebih sebulanluka masih belum baik..ada x ubat, krim atau suppliment yang boleh saya ambil untuk mengubati luka ni..sb luka ni sangat pedih dan ada kalanya sakit berdenyut-denyut..
saya bukan mengidap diabetes..
Assalamualaikum Cik Zalina. Untuk masalah cellulitis yang besar, perlu dapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut dari doktor di klinik. Mungkin perlukan ubat antibiotik dan cuci luka setiap hari sehingga luka cellulitis tersebut sembuh.