Apa manafaat Skim Peduli Kesihatan PeKa B40 untuk anda?

Masih ramai lagi yang belum tau pasal Skim Peduli Kesihatan PeKa B40 ni.

Semenjak diperkenalkan 3 bulan lepas, skim pemeriksaan saringan penyakit tidak berjangkit (baca: kencing manis, darah tinggi, kolesterol, kanser dan masalah mental), diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia dari kalangan mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah 40% terendah.

Jika anda pernah menerima BR1M (atau BSH) dan berumur 50 tahun ke atas, anda layak mendapat pemeriksaan saringan percuma ini.

Jika nak tau samada anda atau orang yang anda sayangi (ibu, bapa, mertua) layak menerimanya, bolehlah semak kelayakan skim ini di website diorang https://www.pekab40.com.my

Jika dah confirm layak, sila bawa MyKad anda ke mana-mana klinik swasta yang mengambil bahagian dan terdekat dengan rumah anda.

Kalau ikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, 47.6% kumpulan B40 berumur 50 tahun dan ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit yang belum didiagnosis.

Maksudnya, daripada 10 orang beliau yang berumur 50 tahun ke atas ni, 5 orang memang ada sudah sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit ini dan masih belum lagi dikesan!

Sila share kepada mereka yang memerlukan.

#pekab40

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *