Telinga berdesing dan sakit. Apa nak buat doc?
Pesakit ini datang selepas telinga kanan beliau tidak sembuh walaupun sudah dirawat di sebuah klinik kesihatan beberapa minggu sebelum ini.
Beliau masih rasa sakit, bunyi berdesing, rasa tersumbat dan kadang-kala tak dapat tidur malam sebab tak selesa.

Bila diperiksa, didapati ada banyak cebisan serangga di dalam telinga beliau. (Rujuk gambar A)
Rupa-rupanya sebelum beliau pergi ke klinik sebelum ini, telinga beliau dimasuki serangga. Mungkin ketika mendapatkan rawatan pada masa itu, serangga tersebut telah mati, tetapi lubang telinga tidak dibersihkan dengan betul.
Ia mungkin telah mengakibatkan jangkitan dalam telinga dan itu yang menyebabkan ia rasa sakit dan tidak selesa.
Sewaktu pemeriksaan dengan otoscope, saya dapati masih ada banyak cebisan serangga di dalam telinga. “Ear syringing” yang dibuat juga mendapati banyak cebisan tersebut yang keluar. (Rujuk gambar B)
Bila telinga sudah bersih selepas “syringing”, saya berikan beliau antibiotik dan ubat untuk kurangkan sakit.
Jika ada serangga masuk ke telinga, sila berjumpa dengan doktor untuk buat pemeriksaan, sebab jika ia dibiarkan lama, jangkitan telinga boleh berlaku.
Adakah anda mengalami masalah telinga yang sama? Boleh hubungi kami melalui whatsapp untuk info lanjut.
Klinik Sabah – 0109314190