Diabetes Mellitus (Kencing manis) dan amputasi
Bulan lepas ada seorang wanita yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan untuk luka di kaki beliau yang sudah lama tidak sembuh. Beliau tidak berjumpa dengan doktor di klinik lebih awal kerana kawasan luka tersebut tidak sakit.
Beliau tidak tahu pun yang beliau ada kencing manis, tetapi berdasarkan sejarah keluarga beliau, memang ada ahli keluarga terdekat yang ada kencing manis.
Bila saya lihat luka beliau, saya sudah dapat agak yang ia disebabkan oleh kencing manis yang tidak terkawal, walaupun dia cakap dia tidak pernah ada kencing manis sebelum ini.
Bila kita cek gula dalam darah (Dextrostix), memang betul sangkaan saya apabila paras gula dalam darah beliau ialah 17.3 mmol/L!
Saya terus berikan rawatan untuk kencing manis beliau, ubat untuk membunuh kuman dan nasihat untuk menjaga luka dan kaki beliau dari bertambah teruk.
Namun apabila dia datang semula ke klinik dua hari lepas, dia memberitahu yang jari kaki beliau sudah hitam dan tidak ada rasa (kebas). Apabila saya melihat perkara ini, saya terus arahkan untuk beliau ke hospital, kerana jari kaki yang sudah hitam ini (gangrene) boleh menyebabkan jangkitan kuman dan maut.

Oleh itu, rawatan selanjutnya pada waktu ini adalah amputasi jari kaki beliau yang gangrene tersebut untuk mengelakkan dari ia bertambah teruk.
9 Cara penjagaan kaki yang boleh dilakukan
- Basuh mereka setiap hari dan keringkan dengan teliti. Sapukan lapisan ringan jeli petroleum untuk membantu mencegah keretakan kulit.
- Jangan keluarkan callouses, bunions, corns, atau ketuat sendiri. Dapatkan bantuan daripada atau doktor anda.
- Potong kuku jari anda terus lurus, dan cuba untuk tidak memotongnya terlalu pendek.
- Jangan berkaki ayam di dalam atau di luar rumah.
- Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mencari kasut yang selesa yang sesuai dengannya, berbincanglah dengan doktor anda tentang kasut preskripsi diabetes.
- Pakai kasut sarung kaki tertutup.
- Elakkan kasut dengan kaki tajam.
- Jangan rendam kaki anda.
- Kelembapan antara jari kaki boleh menyebabkan jangkitan, jadi cubalah letak bedak di antara jari kaki anda untuk memastikan kulit kering.
Amputasi tidak perlu menjadi sebahagian daripada perjalanan diabetes anda. Jika anda melakukan semua yang anda boleh untuk menguruskan gula darah anda dan menjaga kaki anda, anda akan mengurangkan risiko komplikasi utama anda.
#kliniksabah