5 Tips untuk elakkan jerawat bertambah teruk

5 Tips untuk elakkan jerawat bertambah teruk

1) Jangan picit

Memang kadang-kadang tangan tu gatal sangat nak picit jerawat kan? Tapi dinasihatkan untuk tidak memicit kerana kuman terdapat di dalam jerawat tersebut. Bersabar atau jumpa professional untuk dapatkan kaedah rawatan yang sesuai.

2) Jangan sentuh

Tangan anda membawa pelbagai jenis kuman. Jadi berfikir banyak kali sebelum menyentuh muka anda.

3) Jangan terlebih cuci

Cuci muka dua kali sehari amat disarankan terutama remaja. Elakkan juga penggunaan scrub.

4) Amalkan pemakanan yang sihat

Minumlah air secukupnya. Kalau selalu lupa nak minum air, download aplikasi “water drink reminder”. Kurangkan juga pengambilan roti dan refined grain

5) Mandi selepas bersenam

Peluh merangsang pertumbuhan jerawat. Oleh itu, pastikan anda mandi sebaik sahaja selepas bersenam atau bilas muka secepat mungkin.

Tips elakkan jerawat

Semoga info ini bermanfaat!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *