5 sebab kenapa period boleh jadi lebih panjang dari biasa
Apakah sebab kenapa period boleh jadi lebih panjang dari biasa?
Secara amnya, period seseorang wanita adalah antara tiga hingga 7 hari. Jika period anda berterusan lebih dari 7 hari, ia boleh dikira tempoh period yang panjang (menorrhagia). Anda juga boleh didiagnosis dengan menorrhagia jika anda mengalami pendarahan banyak yang luar biasa walaupun ia berlangsung kurang dari seminggu. Lima peratus wanita menghidap menorrhagia.
Menorrhagia boleh menyebabkan ketidakselesaan dalam waktu period serta mengganggu rutin harian anda. Anda mungkin mendapati pendarahan mempengaruhi aktiviti harian dan tidur anda. Anda juga mungkin mengalami anemia kekurangan zat besi jika anda kerap mengalami haid yang panjang, terutamanya jika ia keluar dengan banyak.
Antara sebab-sebab kenapa period boleh lebih panjang dari normal ialah:

1. Fibroid uterus dan polyps
Fibroid uterus dan polyps boleh menyebabkan pendarahan yang berlanjutan, dan kadang kala banyak. Fibroid berlaku apabila tisu otot mula tumbuh di dinding rahim. Polyps juga merupakan hasil pertumbuhan tisu yang tidak teratur di dalam rahim dan menyebabkan tumor kecil tumbuh. Secara amnya, fibroid atau polyps adalah bukan kanser.
2. Adenomyosis
Adenomyosis adalah satu jenis lagi pertumbuhan tisu. Keadaan ini berlaku apabila endometrium, atau lapisan dalam rahim anda, membenamkan diri ke dalam otot rahim anda. Ini boleh menyebabkan period yang panjang dan berat.
3. Masalah tiroid (Hypotiroid)
Anda mungkin mempunyai period yang panjang sekiranya tiroid anda kurang di dalam darah. Keadaan ini dikenali sebagai hipotiroidisme.
4. Pengambilan Ubat-ubatan
Anda mungkin mengalami period panjang kerana ubat yang anda ambil. Ini termasuk:
i. kontraseptif, seperti alat intrauterin (IUCD) dan pil perancang kehamilan yang panjang
ii. aspirin dan ubat pencair darah lain
iii.Ubat anti-radang
5. Kanser
Period yang berpanjangan boleh menjadi gejala kanser rahim atau serviks anda. Bagi sebilangan wanita, ini mungkin merupakan salah satu gejala awal kanser ini. Sila dapatkan nasihat dan maklumat lanjut tentang masalah period yang berpanjangan dengan doktor anda. Ia boleh dirawat!



