5 cara elakkan anak anda terdedah kepada asap rokok
Anda boleh praktikkan 5 cara untuk elakkan anak-anak anda terdedah kepada asap rokok thirdhand:
1) Jangan merokok di dalam rumah/kereta yang mempunyai kanak-kanak
2) Jangan pegang kanak-kanak tanpa membasuh tangan selepas menghisap rokok
3) Jangan dukung kanak-kanak selepas menghisap rokok. Mendukung kanak-kanak hanya boleh dilakukan selepas mandi dan menukar baju selepas menghisap rokok
4) Jangan merokok dihadapan kanak-kanak. Perkara ini bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak kepad bahaya asap rokok malah mendedahkan kanak-kanak kepada tingkahlaku yang tidak sihat
5) Jangan meneruskan tingkahlaku merokok jika kanak-kanak kerap sakit. BERHENTI MEROKOK

Jalankan tanggungjawab anda sebagai ibubapa untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi menjamin keselesaaan dan kesihatan anak-anak anda![]()
