4 penyebab gegendang telinga berlubang yang kerap ditemui di klinik

4 penyebab gegendang telinga berlubang yang kerap ditemui di klinik

1.Jangkitan kuman

Telinga yang dijangkiti kuman akan menghasilkan nanah, terutamanya jika ia menjangkiti telinga tengah dan telinga dalam. Kuman dan nanah tersebut boleh menghakis gegendang telinga lalu menyebabkan ia berlubang dan nanah boleh mengalir keluar dari telinga. Jika tidak dirawat, jangkitan boleh merebak ke otak dan pesakit boleh hilang pendengaran.

2. Kecederaan oleh putik kapas

elinga boleh cedera akibat penggunaan putik kapas yang tidak berhati-hati. Gegendang telinga boleh koyak dan berlubang lalu mengeluarkan darah. Pesakit akan mengadu sakit telinga dan mungkin juga kurang pendengaran akibat pendarahan yang berlaku di dalam telinga tengah.

3. Kecederaan oleh pukulan/tamparan ke telinga

Telinga boleh juga cedera akibat pukulan/tamparan yang kuat pada telinga, yang mana tekanan udara dari pukulan/tamparan tersebut berupaya mengoyakkan gegendang telinga yang nipis. Ada kemungkinan berlaku sedikit pendarahan dan telinga boleh berdesing (tinnitus) untuk beberapa jangakamasa.

4. Kecederaan oleh “barotrauma”

Telinga juga boleh cedera akibat dari barotrauma (kecederaan akibat perubahan tekanan luar dan dalam telinga sewaktu scuba diving) dari aktiviti menyelam scuba yang tidak betul teknik “equalization” atau menyelam sewaktu mengalami jangkitan kuman pada salur pernafasan atas (URTI). Perubahan tekanan ketara sewaktu menyelam ke dalam air boleh menyebabkan gegendang telinga bocor dan ada kemungkinan pesakit tidak lagi boleh menyelam scuba jika ia berlaku.

gegendang telinga bocor akibat jangkitan

gegendang telinga bocor akibat jangkitan

gegendang telinga bocor akibat trauma

gegendang telinga bocor akibat trauma

gegendang telinga bocor akibat trauma

Similar Posts

5 Comments

    1. Jika gegendang telinga yg bocor tu kecil, ia boleh tutup sendiri. Tetapi jika gegendang telinga tu besar, ia perlu ditampal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *