3 sebab luka sunat lambat sembuh
Selepas prosedur sunat dijalankan ke atas pesakit lelaki dewasa dan kanak-kanak, mereka boleh pulang ke rumah untuk berehat. Mereka perlu berikan masa dan penjagaan yang betul supaya luka dapat sembuh mengikut tempoh yang biasa dan mengelakkan dari ia mendapat komplikasi.
Sekiranya luka tersebut tidak diberikan perhatian dan penjagaan rapi, ada kemungkinan ia boleh menyebabkan ia lambat sembuh. Secara umumnya, luka sunat dewasa akan ambil masa 4-6 minggu dan luka sunat kanak-kanak akan mengambil masa seminggu untuk sembuh.
Antara sebab kenapa luka sunat lambat sembuh ialah:
1. Pesakit tidak berehat dengan cukup selepas sunat. Berdiri terlalu lama, banyak berjalan atau mengangkat barangan yang berat sejurus selepas bersunat boleh menyebabkan kawasa luka sunat bengkak (bentan mengikut istilah Melayu).
2. Jika tidak berehat dengan cukup, luka sunat juga boleh berdarah semula selepas bersunat. Ada kemungkinan pesakit perlu kembali berjumpa dengan doktor yang merawat untuk “repair” salur darah yang “leaking” untuk mengelakkan dari pandarahan berlaku berterusan.
3. Jika luka tidak dijaga dengan betul (pesakit boleh mandi seperti biasa selepas sunat), tidak membersihkan luka dengan cecair antiseptik selepas mandi, tidak menyapu ubat antibiotik pada luka dan tidak menjaga kebersihan luka dengan betul, jangkitan kuman boleh berlaku. Ia boleh menyebabkan luka akan menjadi lambat sembuh.
Oleh itu, untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka, langkah-langkah penjagaan luka perlu diikut dan berikan luka cukup masa untuk sembuh.
Semoga info bermanfaat! ![]()
